Musuh Yang Hilang_3
Saturday, July 9, 2011
Bab 3.
Cikgu Zuhaida. Dia adalah guru kelas baru aku. Cikgu Zu menunjukkan arah untuk ke kelas. Beberapa meter sebelum sampai ke kelas baru ku,aku sudah mampu menelah bahawa kelas itu adalah kelas atas atau lebih dikenali sebagai kelas pandai. Ceh, pandai2 ja. Tapi tengok cikgu pun aku sdh tahu. Hehe, maklumlah, aku ni kan keturunan nujum pak belalang. Hahaha!! Di hati Aku berdoa supaya kelas yang bakal aku duduki itu bukanlah kelas skema. Naya aku kalau semua murid dia skema2. Ditambah lagi dengan aku b’pakaian skema. Pengsan la aku. Huhu.
Kedengaran ketua kelas memberi salam diikuti dengan palajar lain. Ryssa? Tak rasa apa2 pun. Ala, macam tak biasa. Dulu, hampir setiap minggu dia bertemu muka dengan guru disiplin di sekolah. Sudah lah muka macam harimau kelaparan yang mahu telan orang. Di tambah lagi dengan aksesori rotan di tangan dia. Siapa tak gerun?? Mula2 jumpa, adalah sedikit takut. Tapi kalau dah selalu jumpa. Cool babe. Huhu. Inikan pula murid2 yang sebaya dengan dia. Hemm, kirim salam je la dengan perasaan berdebar tu.
“Wa’alaikumsalam. Duduk. Hari ini kita ada rakan baru yang akan menyertai kelas ini. Ryssa? Mari masuk dan kenalkan diri.” Ryssa melangkah dengan selamba. Terdengar bisikan2 diselangi dengan ketawa. Kutuk aku lah tu. Tak pa Ryssa. Bukan ini yang kau mahu? Kau tak mahu orang lain terlalu memuja kau? Sabar. Nasib aku ni memang penyabar orangnya, kalau tak. Xp
“Aryssa Syamiera. Panggil ja Ryssa. Harap selepas ini kita akan menjadi rakan.” Dalam hati, hanya Allah yang tahu. “ Hahaha!!! Cikgu, minah skema dari mana yang cikgu kutip ni?” Kedengaran seorang murid perempuan ketawa. Hish, ketawa mengalahkan kuntilanak. Nanti tak pasal-pasal kuntilanak merajuk bawa diri pergi tempat owang putih. Kang kuntilanak tu berjaya macam dalam filem ‘Twilight’. Siapa yang malu? Kita juga.
“Katrina, kamu jangan cuba buat hal!” Hah!! Ambik kau. Eleh aku ingat hebat sangat minah tu. Tengok tu, jadi budak baik terus. Huhu. “Ryssa, emm, kamu pergi duduk di sebelah Adam. Kat belakang tu. Adam, beri tunjuk ajar kepada Ryssa. Mulai sekarang Ryssa akan duduk sebelah kamu.” Apa hal minah-minah dalam kelas ni pandang orang macam nak telan ja. Ke perasaan aku. Biarkan lah. Bukannya aku buat salah.
Aku menuju ke tempat duduk ku. Selepas meletakkan punggungku, aku dapat merasakan satu aura yang agak menggerunkan. Aku mengalihkan mukaku untuk melihat siapakah Adam. Erkk?? Ni bukan mamat motor ke ni. Eh, apa ke halnya dia pandang aku semacam ni. Hmm, Dari aku buang masa, lebih baik aku tumpukan apa yang cikgu Zu ajar. Ada gak pekdahnya. Aku mengambil buku lalu menyelak muka surat yang di arahkan. Mata-mata yang memandang aku sudah tidak ku rasakn. Fuhh. Aman dunia.
Lonceng berbunyi menandakan rehat sudah bermula. Semua murid dalam kelas berpusu-pusu keluar untuk membeli makanan. Ryssa masih lagi dengan bukunya. Tiba2 datang seorang murid perempuan. Murid perempuan itu mempunyai muka yang manis. Mata sepat, alis mata yang tak berapa tebal, hidung mancung. Mempunyai bibir yang nipis. Aik?? Budak tu pakai gincu. Patutlah bibir berkilat-kilat.
“Hai?? Saya Dania. Panggil ja Nia. Nama awak Aryssa kn? Kenapa tak makan? Tak lapar ke?”
Ish, minah sorang ni kan. Menembak habis. Menembak time aku tengah feeling2 pula. Nasiblah aku jadi nerd di sini. Aku tersenyum.” Hai. Oh Nia. Ya, panggil ja Ryssa. Saya tak lapar lah. Kenyang lagi ni. Awak tak makan? “ Dia hanya tersenyum. “ Marilah saya bawa awak kenal-kenal dengan sekolah ni. Hari ni biar saya jadi tour guide awak. Ok?” Aku hanya mengangguk. Boleh buat kawan ni. Bisik Ryssa dalam hatinya.

0 comments:
Post a Comment