Musuh Yang Hilang_2

Saturday, July 9, 2011

Bab 2

Hana telah sampai ke sekolahnya. Sekolah Hana agak dekat dengan rumah kami. Tapi sekolah baru ku itu, jauh sedikit. Disebabkan itu, makcik Safira menyuruh Pak Mail, pemandu  kereta  mereka menghantarku ke sekolah. Aku risau jika sesiapa melihatku menaiki kereta mewah ke sekolah itu.

“Pak Mail, boleh tak berhenti jauh sikit dari sekolah tu? Bolehlah Pak Mail?” Aku meminta atau lebih tepat merayu dengan mimik muka ku yang boleh menyebabkan orang jatuh simpati denganku. Macam lah aku tak tahu. Mesti makcik Safira suruh Pak Mail hantar aku depan pagar sekolah. Huhu.

Siapa tak kenal pelakon tak bertauliah, Aryssa Syamiera. Di sekolah lama selalu juga kena panggil guru disiplin. Aku tak bagitau ke? Di sekolah dulu, sebab utama aku popular  ialah kerana aku ni teiko SMK MERANTI. Huahuahua.  Tapi tak lh nakal sgt. Pelajaran tetap maintain. Dalam masa 15 minit, aku boleh kluar dari bilik disiplin dengan senyuman lebar hingga ke telinga.

“Hmmm, baiklah Cik Ryssa. Tapi tak boleh lah jauh sangat. Nanti Puan Safira marah” Jawab Pak Mail. Hehe. Dah agak. Sasaran mengena. Akupun menjawab dengan senang hati “Terima kasih ya, Pak Mail. Tak pa lah. Hurmm, kat simpang tu pun boleh juga.” Jari telunjukku menunjuk kearah simpang yang dimaksudkan.

Pak Mail memberhentikan kereta yang kami naiki berdekatan simpang tersebut. “Pak Mail, Ryssa pergi dulu ya? Lagi satu. Tak payah bercik-cik dengan Ryssa. Ryssa tak biasa. Panggil ja Ryssa k? Assalammu’alaikum.”  Aku dengan tiba2 mencium tangan Pak Mail. Terkejut beruk Pak Mail. Hehe. Apa nak buat, arwah ayah selalu paksa buat macam tu. Cakap tentang ayah, hatiku di rundung pilu. Aku sedekahkan Al-Fatihah supaya ayah dan ibuku aman di sana.

Mataku melihat jam di tangan ku. APA!!!!! 7.20 a.m. Alamak aku dah lambat. Kakiku melangkah pantas ke sekolah. Harapanku hancur punah.Huhu. Pintu pagar sekolah tersebut telah di tutup. Apa aku nak buat. Takkan panjat kut. Selalu juga buat macam kat sekolah dulu. Tapi, ni kan hari pertama. Aarghh!!!  Tiba-tiba aku mendengar deruman enjin motosikal. Mataku tertancam pada sebuah motosikal Kawazaki Ninja ZX 14 berwarna hitam yang ditungganngi oleh seorang lelaki. Kalau aku perhati, macam pelajar sekolah baru aku ja ni. Hah. Btul lh tu. Dia lambat juga ke??

Aik.. Apa ke halnya pengawas pompuan jaga pagar 2 sesenang benarkan mat rempit tu masuk. Ini tak boleh jadi. Kalau mamat motor tu boleh masuk, aku pun mesti boleh masuk. Dengan tenang aku melangkah masuk ke sekolah. “ Oooiiii! Cik adik. Amboi-amboi. Senang-senang nak masuk. Hey, engkau tu lambat tau! Hah! Name tag pn tak pakai.” Adeh, pepagi gini dah kena sembur. Ni yang aku panas ni.

“Cik kak, kenapa pula aku kena marah? Tadi mamat motor tu pun lambat, name tag pun tak ada, sesenang ja dia masuk. Siap bermesra2 lagi.” Hah. Peluru mengena. Hehe, dah pucat dah muka minah ni. Kalau kena toreh, sah-sah tiada darah mengalir. Rasakan penangan Ryssa The Teiko. Huahuahua!!! “ Baiklah, kali ni kau terlepas. But if you do this mistake again. Aku tak t’agak2 tulis nama kau. Faham??!!!”  Tahu takut. Aku hanya jalan dengan senyuman yang maknanya aku saja tahu. 

                                                                         

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP