Musuh Yang Hilang_1

Saturday, July 9, 2011

Air mataku tidak mampu mengalir lagi. Alam bagai mengerti kedukaan yang aku alami. Kini aku sebatang kara. Tiada lagi gurauan yang selalu membuat diri ini tersenyum. Namun aku percaya, apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku bersyukur kerana diberi peluang kedua dalam hidup ini. Walaupun tanpa keluarga di sisi.
“Kak Ryssa!!! Cepatlah. Dah lambat ni.”  Ya Allah. Suara mengalahkan halilintar. Ish, minah ni kan, memang tiada kesabaran langsunglah. Jam dinding menunjukkan jam 6.30 pagi. Kalau aku tak silap, sekolah start jam 7.15 pagi. Biar betui budak ni.
Nama penuhku Aryssa Syamiera binti Dato’ Ahmad Zackry. Berumur 17 tahun. Selepas kematian kedua orang tuaku, aku mengambil keputusan tinggal bersama makcik Safira. Adik kepada ayahku. Makcik Safira hanya mempunyai seorang anak bernama Syuhana Melina berumur 12 tahun. Disebabkan itu dia dengan hati terbuka menerima kedatanganku sebagai ahli baru di rumahnya. Malah dia sudah menganggap aku sebagai anak kandungnya. Aku sungguh bersyukur.
“Tunggulah kejap, cik adik ooi. Orang nak melantak pn susah.Haish..” Makcik Safira mengeleng melihat gelagat kami berdua. Hubungan aku dengan Hana memang agak rapat dari dulu. Mungkin disebabkan aku dengan dia ialah anak tunggal. Aku menyalami tangan Untie Safira lalu mencium kedua pipinya. “Ryssa pergi dulu, untie. Nanti roboh pula rumah ni kalau dia memekik lagi. Assalammu’alaikum.” 
“Hah. Ye la tu. Belajar betul-betul tau, Ryssa, Hana. Jangan nak buat kecoh kat sekolah pula. Wa’alaikumsalam” Begitulh makcik Safira. Dia akan bagi nasihat sebelum kami lakukan sesuatu. Aku dan Hana hanya tersenyum. Semasa kereta hendak keluar dari perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu. Aku melambaikan tangan, begitu juga Hana.
“Kak Ryssa ni, knapa pakai cermin mata ni? Kak Ryssa bukannya rabun. Tengok tu, siap pakai konteks lens warna hitam lagi tu. Kakak ni. Dh elok-elok warna mata tu hijau. Ditukarnya pula. Pelik Hana.” Dah mula dah minah ni membebel. “ Bukannya luak pun. Apa salahnya kakak pakai cermin mata ni? Ok ja kakak tengok?Makin cantik adalah.” Huhu. Tak pa sekali-sekala puji diri sendiri. “Ish. Perasan lah kak Ryssa ni. Tapi kan, kalau Hana tengok betul-betul, muka akak ni ada iras-iras muka Jung So-Min. Cuma mata ja lain. Mata akak bundar. Anak mata akak warna hijau. Yang lain. Perfect.”
Aku cuma tersenyum mendengar pujian itu. Memang tidak di nafi kan. Mukaku memang hampir sama dengan pelakon korea, Jung So-min. Tapi aku tidak suka di puji sebegitu rupa. Aku risau aku akan menjadi riak. Tak pasal-pasal aku dapat dosa free. Sebab itulah aku memakai cermin mata bulat. Jika tidak di lihat secara dekat. Sesiapa takkan perasan akan rupaku. Dan disebabkan cermin mata ini juga. Aku kelihatan seperti budak ‘nerd’. Huhu. Pedulikan lh. Aku lebih suka dikenali sebagai budak ‘nerd’.
Di sekolah lamaku, aku adalah seorang murid yang agak popular. Mungkin disebabkan kecantikkan yang aku miliki. Ataupun kerana aku seorang atlit sekolah yang berjaya mengharumkn nama sekolah dan dalam masa yang sama murid yang agak cemerlang dalam akedemik. Walau apapun sebabnya aku malas memikirkannya. Disebabkan semua itu, ramai yang berdendam dengan aku sehingga kawan baik ku sendiri sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa aku sudah tidak suci lagi. Ahhh.. tension aku ingat benda tu. Lebih baik aku lupakan perkara itu. Daripada aku jadi gila. Tak pasal-pasal bertambah ahli dalam Hospital Sakit Jiwa Tanjung Rambutan. Huhu. Tak hingin aku.



                                                                         

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP